Sunday 18 August 2013

SYARIAT KELAHIRAN

Syariat Kelahiran

''Aku telah mendapat seorang anak, kemudian aku membawanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. Baginda menamakannya Ibrahim, lalu mentahnikkannya (memecahkan mulutnya) dengan sebiji kurma.''

(Hadis riwayat Abu Burdah drpd Abu Musa r.a)

Memberi Khabar Gembira dan Tahniah Atas Kelahiran Bayi.

''Maka Kami berikan khabar gembira kepadanya dengan (kelahiran) seorang anak yang sangat lemah lembut.''                                                                                      ( Surah As-Shaffat 37 : 101 )

Ketika baginda dilahirkan, Thuwaibah telah memberi khabar gembira kepada Abu Lahab yang ketika itu menjadi majikannya dengan mengatakan , '' telah lahir seorang anak lelaki dari Abdullah.'' Maka Abu Lahab pada ketika itu dengan serta merta memerdekakannya kerana terlalu gembira.


Rahsia Azan dan Iqamat
  • Kalimah-kalimah memuji kebesaran Ilahi yang disifatkan sebagai ucapan pertama yang meresap ke dalam hati sanubari insan yang baru lahir.
  • Satu pernyataan syariat Islam yang berperanan mendahului ajakan syaitan terkutuk dan mengekang arus nafsu syahwat.
Tahnik

Memberikan Nama Yang Baik

Tuntutan memilih nama-nama yang elok dan mempunyai makna yang baik amat dianjurkan oleh Islam. Sebenarnya , pemilihan nama yang baik ini sedikit sebanyak boleh mempengaruhi sifat peribadi dan akhlak seorang Muslim.

Abu Daud meriwayatkan drpd Abu Darda r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda :

''Sesungguhnya pada Hari Kiamat kelak, kamu semua akan dipanggil (menghadap Allah s.w.t.) dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu. Oleh itu perelokkanlah nama-nama kamu.''

Pengurusan Uri

Uri disebut sebagai al-Mashimah dalam bahasa Arab. Uri atau dikenali sebagai plasenta adalah sesuatu yang keluar sesudah bayi dilahirkan.
Uri adalah satu organ yang bersambung dengan tali pusat yang berfungsi sebagai alat yang membekalkan makanan dan oksigen kepada bayi di dalam kandungan.

Hukum menanam uri - harus
harus atas tujuan menjaga kebersihan dan kesucian uri tersebut dan perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Tujuan - supaya tidak digonggong dan dimakan oleh haiwan dan sebagai satu fitrah dalam menghormati tubuh badan manusia yang merupakan sebahagian drpd anggota badan manusia yang dicipta oleh Allah s.w.t.

Akikah dan Bercukur Rambut


Amalan Mencukur Rambut

*Amalan ini meningkatkan tahap kesihatan anak,membuka selaput kepala dan mempertajamkan daya penglihatan,pendengaran dan deria hidu.

Hikmah Berakikah
  1. Melahirkan rasa gembira atas kelahiran satu jiwa muslim baru yang sujud menyembah Allah s.w.t di dunia.
  2. Mendekatkan diri anak itu kepada Allah atas akikah yang dilakukan.
  3. Mengukuhkan talu persaudaraan sesam muslim apabila majlis akikah tersebut dihadiri oleh kaum keluarga, saudara mara dan jiran tetangga.
  4. Sebagai tebusan anak tersebut dapat memberikan syafaat kepada ibu bapanya.
  5. Menunjukkan tanda syukur kepada Allah s.w.t atas kurniaan-Nya.
  6. Menjauhkan anak tersebut drpd segala baya dan bencana.
Berkhitan

* memotong kulit (kulup) bagi menutupi kepala zakar (bagi lelaki)
* memotong sedikit hujung kelintit (clitoris) (bagi perempuan)

''Fitrah itu lima perkara atau termasuk drpd firah yakni khatan, mencukur bulu kemaluan (lelaki / wanita), mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai.''
(Hadis Riwayat Al-Bukhari).

Hikmah Berkhitan
  1.  Boleh membawa kepada kesempurnaan beragama.
  2. Membezakan antara orang Islam dan bukan Islam.
  3. Menjaga kesihatan dan mengawal syahwat.
  4. Pemeliharaan diri drpd bahaya penyakit.













No comments:

Post a Comment