Monday 19 August 2013

Fardu Ain Asas ( BERSUCI ) Bab Pembahagian Air & Najis.

Taharah
Taharah atau bersuci merupakan tugas penting dalam kehidupan seseorang muslim kerana ia punca atau asas penerimaan segala ibadat.

Andainya seseorang itu mengerjakan ibadah solat tetapi belum bersuci dan membersihkan diri sama ada dari segi tubuh badan, pakaian, tempat mengerjakan ibadat dan sebagainya maka solatnya dikira tidak sah.

Pembahagian Air 

7 Punca Air
  1. Air Sungai
  2. Air Laut
  3. Air Hujan
  4. Air Perigi
  5. Air Embun
  6. Air Mata Air
  7. Air Beku atau Salji
 Air Dibahagikan kepada 4 Jenis

1. Air Mutlak ( Air yang suci lagi menyucikan )


Air yang boleh diminum dan boleh pula dibuat bersuci sama ada :
- Beristinjak
- Berwuduk
- Mandi Hadas
- Membasuh najis dan sebagainya

*Air yang benar-benar tulen yang tidak bercampur dengan benda-benda lain sama ada yang bersih seperti minyak wangi, kopi, susu atau lainnya bercampur dengan benda-benda najis.

*Apabila air tulen yang lebih drpd 2 qullah ( 216 liter ) dimasuki oleh sesuatu benda lain yang tidak mengubah sifat air, maka air itu masih lagi dianggap sebagai air mutlak. Tetapi sekiranya berbuah sama ada bau, rasa atau warna, maka air itu tidak boleh lagi digunakan untuk bersuci.

** sebagai contoh - apabila nama air itu telah berubah menjadi air teh, air tersebut tidak boleh dibuat bersuci.

2. Air Mustakmal ( Air yang suci tetapi tidak menyucikan )

* Air yang telah digunakan untuk mengangkat hadas sama ada hadas kecil (berwuduk) ataupun hadas besar (mandi wajib).

* Ini bererti air yang telah digunakan untuk membasuh anggota yang wajib sekiranya ditadah semula dan air itu tidak sampai 2 qullah, maka air itu dikira mustakmal iaitu tidak boleh dibuat bersuci.

* Air ini hanya boleh dibuat minum atau makan atau membasuh banda-benda yang bukan najis sahaja. Begitu juga sekiranya air basuhan wajib menitis ke dalam air yang tidak sampai 2 qullah, itu dikira mustakmal.

3. Air Musyammas ( Air yang makruh digunakan )

* Air mutlak tetapi berjemur di tengah panas matahari di dalam bekas yang mempunyai karat dan digunakan pula ketika air masih panas.

Walau bagaimanapun, di negara kita Malaysia tidak menjadi makruk kerana darjah kepanasan suhunya tidak setinggi seperti di Negara2 Timur Tengah, India dan Pakistan.

4. Mutanajis ( Air yang mengandungi najis ) 

 * Air yang kurang 2 qullah dimasuki oleh najis sama ada air itu berubah ataupun tidak, dikenali sebagai mutanajis.

Begitu juga sekiranya air yang lebih drpd 2 qullah dimasuki najis lalu air itu berubah rasa , bau atau warnanya , maka air itu tidak boleh dibuat bersuci atau diminum.





















No comments:

Post a Comment