Thursday 15 August 2013

Pengertian Doa



DOA

  • Bermohon atau meminta sesuatu yang baik daripada ALLAH s.w.t. yang Maha Pemurah.
  • Allah s.w.t. menyuruh orang-orang Islam berdoa atau meminta sesuatu kepada-Nya.

Firman ALLAH s.w.t.

Ertinya : Dan Tuhan kamu berfiman : ‘’ Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina ‘’.
                                                                                                        ( Surah Al-Mu’min, ayat 60 )
Firman ALLAH s.w.t. lagi

Ertinya : Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka) : sesungguhnya Aku (ALLAH) sentiasa hampir (kepada mereka) : Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
                                                                                                         ( Surah Al-Baqarah, ayat 18 )


Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. mengenai perintah serta faedah-faedah berdoa itu juga banyak. Diantaranya :

Ertinya : Doa itu adalah ibadat
(Riwayat Abu Daud dan At-Tarmidzi )

Sabda Rasulullah s.a.w:
Ertinya : Doa itu senjata orang mukmin, tiang agama dan sinar cahaya langit dan bumi.
( Riwayat Al-Hakim )




·      Kaedah dan Adab Berdoa

  • Hendaklah dalam keadaan suci dari hadas kecil dan besar, serta suci pakaian dan tempat berdoa.
  • Menghadap kiblat, dan berdoalah dengan khusyuk, tawadduq serta merendah diri kepada ALLAH s.w.t.
  • Doa dimulai dengan memuji ALLAH s.w.t., sekurang-kurangnya membaca “Alhamdulillah rabbi Aalamin” diikuti dengan membaca Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. , sekurang-kurangnya “ Allahumma solli alaa saidina muhammad, waala allihi wasahbihi wassalim”
  • Angkat kedua tangan hingga kelihatan kedua ketiak, disamping perut anak jari menghadap ke atas.
  • Setelah selesai berdoa, sapukan kedua tangan ke muka.
  • Berdoa hendaklah dengan penuh yakin bahawa ALLAH s.w.t. akan memperkenankan doa kita itu. 
  • Jangan sesekali berdoa dalam keadaan hatinya lara dan lalai, atau tidak cukup kuat keyakinannya serta kemahuannya.
  • Seeloknya kita mengetahui isi dan makna doa itu.
  • Tuhan tidak akan memperkenankan doa seperti yang tersebut. Tersebut dalam hadis Rasulullah s.a.w. :

Ertinya : Berdoalah kamu kepada ALLAH dalam keadaan penuh yakin bahawa ALLAH s.w.t. akan memperkenankan doa kamu. Dan ketahuilah sesungguhnya ALLAH s.w.t. tidak akan memperkenankan doa daripada hati yang lalai atau keluh kesah.

( Riwayat At-Tarmizi )

Setiap orang Islam hendaklah memperbanyakkan berdoa kepada ALLAH s.w.t. semasa dalam keadaan atau mudah, supaya ALLAH memperkenankan doanya ketika berdoa dalam keadaan susah: sebagaimana maksud Hadis Rasulullah s.a.w. riwayat A-Tarmizi dari Abu Hurairah.


·         Berdoalah dengan suara yang perlahan serta merendah diri, disamping mengakui segala kesalahan dan dosa-dosa yang pernah dilakukan.

Firman Allah
Ertinya : Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri (dengan suara) perlahan-lahan.
( Surah Al-A’raaf, ayat 55 ) 

·       Sebelum diakhiri dengan ucapan Amin, setiap doa hendaklah ditutup dengan Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. serta puji-pujian kepada ALLAH s.w.t.


Waktu-Waktu Doa Mustajab
·         Tengah malam atau 1/3 malam yang akhir
·         Setiap lepas solat fardu
·         Berdoa di tempat sunyi supaya khusyuk
·         Ketika dalam peperangan atau darurat
·         Ketika sujud
·         Ketika dizalimi orang
·         Semasa musafir
·         Bapa mendoakan kebaikan anak
·         Ketika wukuf di Padang Arafah
·         Selepas solat subuh sebelum terbit matahari
·         Selepas solat Asar
·         Ketika hendak berbuka puasa
·         Ketika sakit
·         Doa pada malam Lailatul Qadar
·         Doa pada malam Jumaat
·         Berdoa dalam Masjid Al-Haram
·         Berdoa dalam Masjid Nabawi (terutama di Raudah)
·         Berdoa di Masjid Aqsa, Baitul Maqdis
·         Apabila khatam membaca Al-Qurandoa raja yang adil
·         Doa anak yang taat kepada ibu bapa
·         Doa ketika tawaf mengelilingi Ka’bah
·         Berdoa dekat Multazam (antara Hajar Aswad dan pintu Ka’bah) di Masjid Al-Haram
·         Berdoa di belakang makam Ibrahim di Masjid Al-Haram
·         Berdoa di Hijir Ismail (dikira dalam Ka’abah)
·         Berdoa di mana jua masjid
·         Pada waktu turun hujan
·         Ketika menutupkan mata orang  yang telah mati
·         Pada saat berkumpulnya kaum muslimin kerana agama.

Contoh Doa Ringkas Selepas Solat


Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

No comments:

Post a Comment