Monday 19 August 2013

Basic Obligatory Ain (PURIFICATION) Water Distribution

Basic Obligatory Ain (PURIFICATION) Water Distribution 

Taharah 

Taharah or purification is an important task in the life of a Muslim because it is the cause or foundation of all religious acceptance.Suppose a person is performing prayers but not purified and cleanse themselves both in terms of the body, clothing, etc. worships his prayers will be invalid. 

Water Distribution 
7 Water Source

    
River water
    
Sea water
    
Rainwater
    
Water Wells
    
Dew water
    
Spring water
    
Frozen water or snow

 
Water Divided into 4 types 


1. Absolute water (pure water more purify) 
Potable water and can also be purified either:- CLEANSING- Ablution- Bathing Hadas- Washing stool etc.
 * The water really pure unmixed with other objects either clean as perfume, coffee, milk or mixed with other things unclean. 
* When pure water is more Displaying 2 qullah (216 liters) entered into by any other thing that does not change the nature of water, the water will still be regarded as absolute water. But if either fruit smell, taste or color, then the water can no longer be used for purification.
 ** For example - when the name was changed water into tea water, the water can not be purified. 

2. Mustakmal water (pure water but not purified) 

* The water that was used to lift dirt either small impurity (ablution) or major impurities (obligatory bath).
 * This means that the water used to wash the compulsory if ditadah member of and the water does not reach 2 qullah, the water is treated mustakmal which can not be purified.
 * Water can only be made to drink or eat or bathe banda, things not only unclean. Likewise, if required wash water dripping into the water less than 2 qullah, the calculated mustakmal. 

3. Musyammas water (water not encouraged to be used) 

* Absolute water but soak in the hot sun in the middle of a former steel and are used when the water is still hot. 

However, in our country because Malaysia is not a makruk degree temperature heat country not as high as in the Middle East, India and Pakistan. 

4. Mutanajis (water containing faeces)

 
* Water about 2 qullah either infiltrated by unclean water is changed or not, known as mutanajis.Similarly, if the water is more banked past 2 qullah unclean water entered the changing taste, odor or color, then the water can not be purified or drink.

Fardu Ain Asas ( BERSUCI ) Bab Pembahagian Air & Najis.

Taharah
Taharah atau bersuci merupakan tugas penting dalam kehidupan seseorang muslim kerana ia punca atau asas penerimaan segala ibadat.

Andainya seseorang itu mengerjakan ibadah solat tetapi belum bersuci dan membersihkan diri sama ada dari segi tubuh badan, pakaian, tempat mengerjakan ibadat dan sebagainya maka solatnya dikira tidak sah.

Pembahagian Air 

7 Punca Air
  1. Air Sungai
  2. Air Laut
  3. Air Hujan
  4. Air Perigi
  5. Air Embun
  6. Air Mata Air
  7. Air Beku atau Salji
 Air Dibahagikan kepada 4 Jenis

1. Air Mutlak ( Air yang suci lagi menyucikan )


Air yang boleh diminum dan boleh pula dibuat bersuci sama ada :
- Beristinjak
- Berwuduk
- Mandi Hadas
- Membasuh najis dan sebagainya

*Air yang benar-benar tulen yang tidak bercampur dengan benda-benda lain sama ada yang bersih seperti minyak wangi, kopi, susu atau lainnya bercampur dengan benda-benda najis.

*Apabila air tulen yang lebih drpd 2 qullah ( 216 liter ) dimasuki oleh sesuatu benda lain yang tidak mengubah sifat air, maka air itu masih lagi dianggap sebagai air mutlak. Tetapi sekiranya berbuah sama ada bau, rasa atau warna, maka air itu tidak boleh lagi digunakan untuk bersuci.

** sebagai contoh - apabila nama air itu telah berubah menjadi air teh, air tersebut tidak boleh dibuat bersuci.

2. Air Mustakmal ( Air yang suci tetapi tidak menyucikan )

* Air yang telah digunakan untuk mengangkat hadas sama ada hadas kecil (berwuduk) ataupun hadas besar (mandi wajib).

* Ini bererti air yang telah digunakan untuk membasuh anggota yang wajib sekiranya ditadah semula dan air itu tidak sampai 2 qullah, maka air itu dikira mustakmal iaitu tidak boleh dibuat bersuci.

* Air ini hanya boleh dibuat minum atau makan atau membasuh banda-benda yang bukan najis sahaja. Begitu juga sekiranya air basuhan wajib menitis ke dalam air yang tidak sampai 2 qullah, itu dikira mustakmal.

3. Air Musyammas ( Air yang makruh digunakan )

* Air mutlak tetapi berjemur di tengah panas matahari di dalam bekas yang mempunyai karat dan digunakan pula ketika air masih panas.

Walau bagaimanapun, di negara kita Malaysia tidak menjadi makruk kerana darjah kepanasan suhunya tidak setinggi seperti di Negara2 Timur Tengah, India dan Pakistan.

4. Mutanajis ( Air yang mengandungi najis ) 

 * Air yang kurang 2 qullah dimasuki oleh najis sama ada air itu berubah ataupun tidak, dikenali sebagai mutanajis.

Begitu juga sekiranya air yang lebih drpd 2 qullah dimasuki najis lalu air itu berubah rasa , bau atau warnanya , maka air itu tidak boleh dibuat bersuci atau diminum.





















Sunday 18 August 2013

SYARIAT KELAHIRAN

Syariat Kelahiran

''Aku telah mendapat seorang anak, kemudian aku membawanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. Baginda menamakannya Ibrahim, lalu mentahnikkannya (memecahkan mulutnya) dengan sebiji kurma.''

(Hadis riwayat Abu Burdah drpd Abu Musa r.a)

Memberi Khabar Gembira dan Tahniah Atas Kelahiran Bayi.

''Maka Kami berikan khabar gembira kepadanya dengan (kelahiran) seorang anak yang sangat lemah lembut.''                                                                                      ( Surah As-Shaffat 37 : 101 )

Ketika baginda dilahirkan, Thuwaibah telah memberi khabar gembira kepada Abu Lahab yang ketika itu menjadi majikannya dengan mengatakan , '' telah lahir seorang anak lelaki dari Abdullah.'' Maka Abu Lahab pada ketika itu dengan serta merta memerdekakannya kerana terlalu gembira.


Rahsia Azan dan Iqamat
  • Kalimah-kalimah memuji kebesaran Ilahi yang disifatkan sebagai ucapan pertama yang meresap ke dalam hati sanubari insan yang baru lahir.
  • Satu pernyataan syariat Islam yang berperanan mendahului ajakan syaitan terkutuk dan mengekang arus nafsu syahwat.
Tahnik

Memberikan Nama Yang Baik

Tuntutan memilih nama-nama yang elok dan mempunyai makna yang baik amat dianjurkan oleh Islam. Sebenarnya , pemilihan nama yang baik ini sedikit sebanyak boleh mempengaruhi sifat peribadi dan akhlak seorang Muslim.

Abu Daud meriwayatkan drpd Abu Darda r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda :

''Sesungguhnya pada Hari Kiamat kelak, kamu semua akan dipanggil (menghadap Allah s.w.t.) dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu. Oleh itu perelokkanlah nama-nama kamu.''

Pengurusan Uri

Uri disebut sebagai al-Mashimah dalam bahasa Arab. Uri atau dikenali sebagai plasenta adalah sesuatu yang keluar sesudah bayi dilahirkan.
Uri adalah satu organ yang bersambung dengan tali pusat yang berfungsi sebagai alat yang membekalkan makanan dan oksigen kepada bayi di dalam kandungan.

Hukum menanam uri - harus
harus atas tujuan menjaga kebersihan dan kesucian uri tersebut dan perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Tujuan - supaya tidak digonggong dan dimakan oleh haiwan dan sebagai satu fitrah dalam menghormati tubuh badan manusia yang merupakan sebahagian drpd anggota badan manusia yang dicipta oleh Allah s.w.t.

Akikah dan Bercukur Rambut


Amalan Mencukur Rambut

*Amalan ini meningkatkan tahap kesihatan anak,membuka selaput kepala dan mempertajamkan daya penglihatan,pendengaran dan deria hidu.

Hikmah Berakikah
  1. Melahirkan rasa gembira atas kelahiran satu jiwa muslim baru yang sujud menyembah Allah s.w.t di dunia.
  2. Mendekatkan diri anak itu kepada Allah atas akikah yang dilakukan.
  3. Mengukuhkan talu persaudaraan sesam muslim apabila majlis akikah tersebut dihadiri oleh kaum keluarga, saudara mara dan jiran tetangga.
  4. Sebagai tebusan anak tersebut dapat memberikan syafaat kepada ibu bapanya.
  5. Menunjukkan tanda syukur kepada Allah s.w.t atas kurniaan-Nya.
  6. Menjauhkan anak tersebut drpd segala baya dan bencana.
Berkhitan

* memotong kulit (kulup) bagi menutupi kepala zakar (bagi lelaki)
* memotong sedikit hujung kelintit (clitoris) (bagi perempuan)

''Fitrah itu lima perkara atau termasuk drpd firah yakni khatan, mencukur bulu kemaluan (lelaki / wanita), mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai.''
(Hadis Riwayat Al-Bukhari).

Hikmah Berkhitan
  1.  Boleh membawa kepada kesempurnaan beragama.
  2. Membezakan antara orang Islam dan bukan Islam.
  3. Menjaga kesihatan dan mengawal syahwat.
  4. Pemeliharaan diri drpd bahaya penyakit.













Thursday 15 August 2013

Pengertian Doa



DOA

  • Bermohon atau meminta sesuatu yang baik daripada ALLAH s.w.t. yang Maha Pemurah.
  • Allah s.w.t. menyuruh orang-orang Islam berdoa atau meminta sesuatu kepada-Nya.

Firman ALLAH s.w.t.

Ertinya : Dan Tuhan kamu berfiman : ‘’ Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina ‘’.
                                                                                                        ( Surah Al-Mu’min, ayat 60 )
Firman ALLAH s.w.t. lagi

Ertinya : Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka) : sesungguhnya Aku (ALLAH) sentiasa hampir (kepada mereka) : Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
                                                                                                         ( Surah Al-Baqarah, ayat 18 )


Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. mengenai perintah serta faedah-faedah berdoa itu juga banyak. Diantaranya :

Ertinya : Doa itu adalah ibadat
(Riwayat Abu Daud dan At-Tarmidzi )

Sabda Rasulullah s.a.w:
Ertinya : Doa itu senjata orang mukmin, tiang agama dan sinar cahaya langit dan bumi.
( Riwayat Al-Hakim )




·      Kaedah dan Adab Berdoa

  • Hendaklah dalam keadaan suci dari hadas kecil dan besar, serta suci pakaian dan tempat berdoa.
  • Menghadap kiblat, dan berdoalah dengan khusyuk, tawadduq serta merendah diri kepada ALLAH s.w.t.
  • Doa dimulai dengan memuji ALLAH s.w.t., sekurang-kurangnya membaca “Alhamdulillah rabbi Aalamin” diikuti dengan membaca Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. , sekurang-kurangnya “ Allahumma solli alaa saidina muhammad, waala allihi wasahbihi wassalim”
  • Angkat kedua tangan hingga kelihatan kedua ketiak, disamping perut anak jari menghadap ke atas.
  • Setelah selesai berdoa, sapukan kedua tangan ke muka.
  • Berdoa hendaklah dengan penuh yakin bahawa ALLAH s.w.t. akan memperkenankan doa kita itu. 
  • Jangan sesekali berdoa dalam keadaan hatinya lara dan lalai, atau tidak cukup kuat keyakinannya serta kemahuannya.
  • Seeloknya kita mengetahui isi dan makna doa itu.
  • Tuhan tidak akan memperkenankan doa seperti yang tersebut. Tersebut dalam hadis Rasulullah s.a.w. :

Ertinya : Berdoalah kamu kepada ALLAH dalam keadaan penuh yakin bahawa ALLAH s.w.t. akan memperkenankan doa kamu. Dan ketahuilah sesungguhnya ALLAH s.w.t. tidak akan memperkenankan doa daripada hati yang lalai atau keluh kesah.

( Riwayat At-Tarmizi )

Setiap orang Islam hendaklah memperbanyakkan berdoa kepada ALLAH s.w.t. semasa dalam keadaan atau mudah, supaya ALLAH memperkenankan doanya ketika berdoa dalam keadaan susah: sebagaimana maksud Hadis Rasulullah s.a.w. riwayat A-Tarmizi dari Abu Hurairah.


·         Berdoalah dengan suara yang perlahan serta merendah diri, disamping mengakui segala kesalahan dan dosa-dosa yang pernah dilakukan.

Firman Allah
Ertinya : Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri (dengan suara) perlahan-lahan.
( Surah Al-A’raaf, ayat 55 ) 

·       Sebelum diakhiri dengan ucapan Amin, setiap doa hendaklah ditutup dengan Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. serta puji-pujian kepada ALLAH s.w.t.


Waktu-Waktu Doa Mustajab
·         Tengah malam atau 1/3 malam yang akhir
·         Setiap lepas solat fardu
·         Berdoa di tempat sunyi supaya khusyuk
·         Ketika dalam peperangan atau darurat
·         Ketika sujud
·         Ketika dizalimi orang
·         Semasa musafir
·         Bapa mendoakan kebaikan anak
·         Ketika wukuf di Padang Arafah
·         Selepas solat subuh sebelum terbit matahari
·         Selepas solat Asar
·         Ketika hendak berbuka puasa
·         Ketika sakit
·         Doa pada malam Lailatul Qadar
·         Doa pada malam Jumaat
·         Berdoa dalam Masjid Al-Haram
·         Berdoa dalam Masjid Nabawi (terutama di Raudah)
·         Berdoa di Masjid Aqsa, Baitul Maqdis
·         Apabila khatam membaca Al-Qurandoa raja yang adil
·         Doa anak yang taat kepada ibu bapa
·         Doa ketika tawaf mengelilingi Ka’bah
·         Berdoa dekat Multazam (antara Hajar Aswad dan pintu Ka’bah) di Masjid Al-Haram
·         Berdoa di belakang makam Ibrahim di Masjid Al-Haram
·         Berdoa di Hijir Ismail (dikira dalam Ka’abah)
·         Berdoa di mana jua masjid
·         Pada waktu turun hujan
·         Ketika menutupkan mata orang  yang telah mati
·         Pada saat berkumpulnya kaum muslimin kerana agama.

Contoh Doa Ringkas Selepas Solat


Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Monday 12 August 2013

Hadis 40 imam nawawi (hadis 2)

Hadis 2
Islam, iman dan Ihsan..

Diriwayatkan dr Umar Al Khattab r.a, dia berkata:" pada suatu hari ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah s.a.w, tiba-tiba muncul kpd kami seorg lelakimyg memakai pakaian yg sangat putih dan rambutnya amat hitam. Tidk kelihatan drnya tanda-tanda org yg sedg dlm perjalanan dan tidak ada seorg pun di kalangan kami yg mengenalinya..

Dia segera duduk di hadapan Nabi Muhammad s.a.w, lalu lututnya disandarkan kpd lutut Nabi s.a.w dan meletakkan kedua telapak tangannya di atas dua paha Nabi Muhammad s.a.w seraya berkata, " Hai Muhammad! Khabarkanlah kepadaku tentang Islam."

Jawab Rasulullah s.a.w., " Islam adalah engkau bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan Muhammad adalah Pesuruh Allah, engkau mendirikan solat, engkau menunaikan zakat, engkau berpuasa di buan Ramadhan dan engkau menunaikan haji ke Baitullah jika engkau mampu melakukannya."

Lelaki itu berkata, "Engkau benar." Lalu kami merasa hairan krn dia yg bertanya dan dia pula yg membenarkannya. Kemudian dia bertanya lagi, " khabarkanlah kepadaku tentang iman."

Jawab Nabi Muhammad s.a.w ," engkau beriman kepada Allah, engkau beriman kepada malaikatNya, engkau beriman kepada kitab-kitabNya, engkau beriman kepada RasulNya, kepada hari Akhirat dan engkau beriman kepada takdir Allah, yg baik dan yg buruk,"

Dia berkata," Engkau benar."
Dan dia bertanya lagi," khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan."

Jawab Nabi Muhammad s.a.w " engkau beribadah kpd Allah seolah-olah engkau melihatNya,dan bila engkau tidak mampu melihatNya sesungguhnya Dia Melihatmu."

Lelaki itu berkata lagi, " beritahukan aku bila terjadinya Kiamat."

Jawab Nabi Muhammad s.a.w," yg ditanya tidaklah lebih tahu dari yg bertanya."

Dia pun bertanya," beritahukan kepadaku tentang tanda-tandanya!"

Jawab Nabi Muhammad s,a.w " jika seseorg hamba telah melahirkan tuannya (dr tanda dktnya kiamat,ramai org yg memiliki hamba perempuan,lalu mereka digaulinya sehingga lahir darinya anak yg disandarkan kpd tuannya.Maka anak tersebut bstatus sbg tuan kpd ibunya. Ini menurut satu pandangan. Juga dikatakan : " hal ini merupakan kiasan dr merebaknya kederhakaan anak-anak shingga para org tua mnjadi takut kpd anak2nya sperti para hamba merasa takut kpd tuannya.Demikian ini merupakan gambaran dari rosaknya zaman dan terbaliknya berbagai urusan) jika engku melihat org yg tidak beralas kaki, telanjang,miskin dan pengembala kambing telah saling berlumba-lumba dlm mendirikan bangunan yg menjulang tinggi,"

Setelah itu lelaki tersebut pun segera pergi,Aku pun terdiam sekian lamanya sehingga Nabi Muhammad s.a.w bersabda kepadaku," Wahai Umar, tahukah engkau siapakah lelaki yg bertanya itu?"

Aku menjawab "Allah dan RasulNya lebih mengetahui"

Baginda bersabda," Dia adalah Jibril yg dtg kpd kalian, utk mengajarkan kpd kalian, tentang agama kalian,"

(Hadis riwayat Muslim)









Sunday 11 August 2013

Hadis 40 Imam an nawawi

Hadis 1
- Setiap amalan bergantung kepada NIAT..

Diriwayatkan dari Amirul Mukminin Abu Hafsh Umar bin Al-Khattab r.a, dia berkata:" Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:" Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat dan setiap org hanya memperolehi apa yg diniatkan. Barangsiapa yg hijrahnya itu kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yg dia akan perolehinya atau kerana perempuan yg ingin dinikahinya, maka hijrahnya itu kepada apa yg dia hijrahkan kepadanya.."

Intisari hadis

1- seseorg itu tidak boleh berhajat utk melakukan sesuatu perbuatan kecuali dia mengetahui hukumnya..

2- niat itu tidak boleh diwakilkan (maksudnya pelaku atau org itu sendiri yg berniat)

3- pekerjaan seseorg itu tidak sah apabila tidak disertakan dgn niat dan semua pekerjaan yg tidak disertakan niat itu tidak sah.

4- tidak boleh berniat dalam semua ibadah kecuali apabila ibadah itu disyariatkan.

5- ikhlas melakukan sesuatu kerana Allah s.w.t dan berwaspada dari sikap riak.

6- niat itu tempatnya dihati. Adapun melafazkannya (mengucapkan) niat di lisan atau mulut itu tidak ada

Thursday 8 August 2013

Amalan ketika Mengandung

Surah-surah amalan ketika mengandung...


Surah Al-Fatihah
- untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan..

Seluruh Surah Yusuf
- untuk memperoleh rupa anak yg cantik dan akhlak yg baik..

Seluruh Surah Yassin
- untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dgn godaan syaitan yg mengajak kepada maksiat

Seluruh Surah Luqman
- untuk memperoleh anak yg cerdik akal dan cerdik jiwa..

Seluruh Surah Maryam
- untuk memudahkan ibu bersalin dan memperoleh anak yg sabar dan taat..

Seluruh Surah At taubah
-  untuk membersihkan jiwa dan terpelihara daripada maksiat..

Seluruh Surah Hujurat
- utk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat hati-hati

Surah An-Nahl ayat 78
- utk melahirkan anak yg berdisiplin